Cinta Adalah Fitrah

3 comments

Posted on 27th April 2010 by akimsaif in Tinta Hati

, , , , , , , ,

Benarkah Cinta itu fitrah yang Allah anugerahkan kepada manusia?

Adakah Cinta itu hanya muslihat dan tipu daya dari syaitan?

Adakah manusia mampu hidup tanpa Cinta? (more…)

Risikan Untuk Kekasih

4 comments

Posted on 26th April 2010 by akimsaif in Tinta Hati

, , , , , , , , , , , ,

Kita pasti dirisik,

Pertunangan sejak azali,

Kini tiba masa dinanti,

Perkahwinan nan pasti,

Dihujung hidup ia menanti.

Saat berlangsungnya perkahwinan kita, (more…)

Jom ke SKBA!

0 comments

Posted on 22nd April 2010 by akimsaif in Promotion

, , , , , , , ,

Jom kawan-kawan kita ke Program Selangkah Ke Bumi Anbia (SKBA). (more…)

Rat Race Society

4 comments

Posted on 21st April 2010 by akimsaif in Refresh Your Mind

, , , , , , , , , , , ,

Dunia semakin menghimpit. Erti kehidupan semakin dikikis tanpa sedar. Tiada lagi kebebasan merancang dan membuat keputusan. Lebih menyedihkan, tiada lagi kehidupan bertanda-arah dan tiada lagi kehidupan ber‘agenda’.
“Penganjur telah meletakkan enam syiling emas berasingan tempat dalam mesin slot (mesin judi) yang berbeza di kasinonya. Peserta bertuah yang berjaya menemui syiling tersebut akan menemui sebuah kesempatan hidup sempuran dengan berpeluang untuk memiliki $ 2 juta yang terletak dalam sebuah loker di New Mexico, keenam-enam perserta harus bersaing antara satu sama lain, untuk menjadi yang pertama untuk wang. Tidak ada peraturan di tempat dan segala sesuatu yang mungkin bisa terjadi. Sementara dalam tidak sedar, di belakang layar penganjur iaitu persatuan Sinclair sedang meletakkan taruhan mereka” (more…)

Keluar Dari Keduanya Mutiara Dan Marjan

22 comments

Posted on 18th March 2010 by akimsaif in Refresh Your Mind

, , , , , , , ,

Kali ni, aku nak kongsi sikit dengan korang satu info yang aku baru dapat.  Untuk lebih kuat kesahihan info ni, aku baru buat research dalam quran sikit dan inilah hasilnya. Aku juga telah dapatkan satu kisah yang amat bertepatan dengan info ini untuk dijadikan sumber inspirasi iman kita. Semoga info ini dapat meningkatkan tahap keimanan kita dalam usaha sentiasa ke arahnya. Nak tahu selanjutnya, teruskan membaca.. (more…)

Examination

3 comments

Posted on 15th March 2010 by akimsaif in Open

, , , , , ,

Aduh.. Exam, exam, exam. Kalau dulu, exam ni susah sebab kena tumpu study berminggu-minggu, perah otak menghafal sampai tak tidur malam. Tapi sekarang baru aku tahu, musim peperiksaan ni, sebenarnya ada yang jauh lebih penat, susah dan memeningkan. Itulah Guru.

Cuba bayangkan, betapa senangnya seorang pelajar. Pelajar hanya ada satu kerja sahaja. Perlu bersedia untuk menjawab soalan yang telahpun disediakan. Sebenarnya tidak perlu bersusah payah menghafal semula apa yang akan masuk exam, tak perlu study sampai lewat malam, sebab, kesemua yang akan masuk adalah perkara yang telah belajar. Means, kita sebenarnya dah tahu perkara tersebut, cuma ingat atau tidak sahaja. Jadi pelajar sebenarnya tidak susah.

Berbeza dengan guru. (more…)

Kasih Mu.. Tiada Duanya..

1 comment

Posted on 13th March 2010 by akimsaif in Tinta Hati

, , , , , ,

Kasih..
dalam mencari cintamu
aku sering terlupa ..
aku sering terlalai pada diriku sendiri..
apakah mampu aku miliki cintamu..

Kasih..
dalam mencarimu ..
aku lupa mencari diriku sendiri ..
apakah layak aku memiliki mu..

Kasih..
dalam mengharap kasihmu .. (more…)

Persis Nill

8 comments

Posted on 12th March 2010 by akimsaif in Cerpen

, , , , , ,

“DUHAI ombak tidakkah kau terfikir untuk memberhentikan lambunganmu, tidakkah kau mahu untuk melihatku duduk senang menghirup udara segar di sisimu,aku tahu itu sudah menjadi sunnahmu tapi…”seketika Fairuz bermonolog sambil hatinya terpukau melihat pantai yang memutih, kejernihan laut yang membiru disilangi kicauan burung  yang berwarawiri sedang riang dikejar muda-mudi.

Fairuz! Fairuz!…tiba-tiba ada suara yang kuat memanggilnya….Fairuz tersentak seketika. Ada apa Ida? Kata Fairuz kehairanan melihat rakannya gelabah tak tentu hala. “Cepat!cepat! Fairuz ada orang lemas di hujung sana” kata Ida sambil menuding jari ke arah budak yang tenggelam-timbul di tengah laut.

Fairuz tanpa berfikir panjang cepat-cepat menangggalkan seliparnya dan terus terjun ke laut. Kelihatan mangsa sudah hampir tenggelam, mujur Fairuz segera. Mangsa sempat diselamatkan.

Terima kasih bang! Kata budak lelaki tercungap-cungap yang hampir melayang rohnya dek kecuaian sendiri. “Itulah, kan dah ada papan tanda, ‘JANGAN MANDI DI KAWASAN INI’ degil nak mandi juga, tengok apa dah jadi” kata Fairuz menasihati.

Keadaan tegang kembali reda. Orang ramai mula beransur pulang kerana hari senja menyisir. Fairuz dan rakan-rakan pulang selepas seminggu sertai rehlah. (more…)

Mencintai Tidak Bererti Memiliki

10 comments

Posted on 11th March 2010 by akimsaif in Tinta Hati

, , , ,

Janganlah kau angkuh melaungkan..
Si dia kepunyaan mu..
Atau kau kepunyaan si dia..
Kerana hakikatnya..
Kita tidak pernah memiliki sesiapa..
Walau sekeping hati seorang insan..
Tidakkah kau sedar..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandai berpura..
Berlakon di pentas dunia..
Dan bertopeng menutup rahsia.. (more…)

First Test

7 comments

Posted on 9th March 2010 by akimsaif in Open

, , , , , , ,

Alhamdulillah dapat kesempatan dan kekuatan menulis lagi. Orang kata, kalau Allah nak uji tu, macam-macam boleh jadi. Selepas 4 hari merana sakit perut, minggu lepas aku disahkan keracunan makanan. “Mungkin encik tersalah makan” kata doktor. Aku jawab “ mana ada doc. saya tak salah makan, mungkin gastrik kot”. Kononnya nak coverla yang sebenarnya aku dah termakan kek coklat yang dah 3 minggu expiry date dengan kek lapis pandan yang dah sebulan tidak berusik.

Doktok dengan muka dah boleh ditect berlaku penipuan, dia pun tanya. Kamu ada muntah-muntah dan cirit-birit? Dengan jujur dan tanpa berfikir panjang aku menjawab, hari pertama saya sakit saya keluar masuk tandas 17 kali, hari ke-2 saya rasa mual sangat. Ingatkan biasa-biasa je. Masuk hari ketiga dah sampai tahap gaban dah sakitnya. Hari itu pula hari sabtu, schedule penuh.

Keluar rumah seawal 7.30 pagi. Terus bergegas ke Rembau untuk Program Jalinan Kasih untuk ibubapa dan pelajar tahun 6 SK Pedas. Tepat pukul 12 lepas habis program terpaksa ke Segamat Johor untuk jemput adik pulang bercuti. Jam 5 petang pula ada program asma al-husna di Kuala Pilah sehingga Isyak. Malam baru cadangnya sampai rumah.

Tapi sebenarnya dari pagi keluar rumah memang dah tidak sedap hati dengan keadaan perut ni, tapi mengenangkan tanggungjawab, gagahkan juga. Akhirnya, selepas bergelut dengan perut yang pedihnya tidak terkata, terpaksa batalkan program di Kuala Pilah dan terus pulang Seremban. Selepas dinasihati ibu, aku pun pergila ke hospital untuk pemeriksaan. Selepas diambil darah, doktor mengesahkan keracunan makanan.

Baru seminggu cuba-cuba hidup dengan kaki sendiri, sudah menampakkan banyak kelemahan. Housemate pula jenis keluar pagi balik petang. Jadi boleh katakan seorang sahajalah duduk dekat rumah dua tingkat ni. Jadi nak tak nak, kenalah buat-buat pandai menguruskan diri. Minta korang tolong doakan aku disembuhkan cepat dan dapat menguruskan kehidupan baru aku ni.